Friday, April 24, 2015

Kamu pilih siapa Najib atau TG Nik Aziz!!!

Hari minggu yang lepas selepas solat asar, saya telah bermuzakarah dengan beberapa orang.  Dalam process muzakarah, maka telah timbul perkara berkenaan dengan pemimpin, GST dan kerajaan. Seseorang telah tanya saya, sekira nya ada TG. Nik Aziz(Allahyarham) dan  Najib (YAB PM), siapa yang akan kamu pilih untuk jadi pemimpin.

Jawapan saya,
   Sejujurnya saya tak kenal dua dua orang tersebut.

  Maka rakan muzakarah telah marah saya.  Mana boleh tak kenal!  Takkan PM najib tak kenal.  Tak kan lah nik aziz pun tak kenal.  Dah berapa lama hidup?  Jangan nak menipu!!  Awak tak boleh dipercayai langsung.!!

Kalau kita lihat perkara sebenar, memang saya tak kenal dua dua mereka ini.  Apa yang saya tahu berkenaan mereka ini  adalah dari 
1.  Cakap cakap orang
2.  Akhbar
3.  Media media 

1.  Cakap cakap orang.
cakap cakap orang sangat bergantung kepada siapa yang cakap dan kemana haluan dia?  Apa fikir dia? Apa keinginan dia?  Kita biasa dengan perumpamaan,  5 orang buta yang disuruh menerangkan bagai mana rupa seekor gajah.
a.  Orang buta yang pegang kaki, akan kata gajah macam sebatang pokok yang besar.
b.  Orang buta yang pegang ekor, akan kata gajah macam tali
c.  Orang buta yang pegang badan, akan kata gajah macam dinding
d.  Orang buta yang pegang belalai, akan kata gajah macam ular
dan seterus nya

  

2.  Akhbar
Akhbar harakah akan memuji Nik Aziz dan akhbar utusan akan memuji Najib.  Kedua-duanya baik.  Akhbar harakah akan cerita keburukan Najib dan akhbar utusan akan cerita keburukan Nik Aziz, maka mereka berdua sama buruknya.

3.  Media media -
  TV, radio, internet dan lain lain.  Ini semua adalah media propaganda.  Sejujurnya lawan sentiasa buruk dan kawan sentiasa baik.  Semua media sama saja.



Saya tak pernah hidup dengan mereka, saya tak pernah safar dengan mereka, jumpa mereka pun saya tak pernah.  Macam mana saya nak kenal dengan dua orang pemimpin ini.  Saya tahu, TG Nik Aziz pernah belajar agama dan mengajar agama.  Ini perkara yang sangat baik sebagai orang islam.  DS Najib ambil tanggung jawap untuk jadi pemimpin dari usia yang sangat muda.  Ini juga perkara yang sangat baik.  Dia sanggup untuk berdiri dihadapan ALLAH kelak untuk jawap macam mana urusan dia dengan rakyat pahang dan Malaysia.  Sesuatu yang saya memang tak sanggup nak buat.

Dua dua ada keburukan.  Nik Aziz ajar kita doa kan kemusnahan orang.  Ini memang berlawanan dengan agama.  Nabi risau orang musnah dalam azab.  Orang yahudi pulak tu.  Kita doa kan orang binasa. hmm....

Najib,  setakat ini hanya fitnah sahaja.  Altantunya...tak ada bukti dia buat.  Nik aziz ada banyak bukti.  Najib fikirkan bagai mana orang susah dapat subsidi untuk keperluan.  Maka dia bagi BRIM.  bagi semua orang walaupun pembangkang dia.  Selain dari mungkin isteri dia yang boros, keputusan berkenaan kerajaan adalah sesuatau yang dimesyuarat kan bersama dengan pemimpin lain.  Saya tak nampak salah nya.  GST, bukan lah perkara yang buruk.  Harga mahal memang azab untuk rakyat negara ini.  Tapi itu bukan kerana Najib, tapi rakyat tak taat perintah Allah.  Sesiapa perintah pun memang akan mahal, dan mungkin lebih mahal.

persoalannya, salah kah saya bila saya tak dapat nak pilih orang pilihan mereka?  Saya tak kenal mereka ini.  Kalau saya kenal mungkin saya boleh buat pilihan yang lebih baik.


wallahualam.






Monday, December 22, 2014

Keputusan PT3 - Apa makna nya

Alhamdulillah, semalam 22-dec-2014 keputusan PT3 telah pun keluar. Anak saya telah dapat 6A 4B untuk keputusan PT3.  Tidaklah mengecewakan, tetapi seharusnya berharap yang lebih baik.  lebih lebih lagi setelah kita tahu, bagi matapelajaran yang mendapat 4B, semua markah nya antara 76 dan 79.  Berharaplah juga agar kerajaan turunkan graph seperti peperiksaan PMR yang lalu.  Tapi tahun nih, lembaga peperiksaan tidak bercadang untuk menurun kan "Grading Graph".  Maka kekal lah dengan 4B.  Kalau tidak, boleh lah dapat 10A, memandangkan B tu di mata pelajaran yang semua orang score rendah iaitu english, sains dan matematik.

Bagi pelajar yang mendapat F, saya sangat bersimpati dengan pelajar dan keluarga pelajar.  Dari apa yang saya lihat boleh saya katakan pelajar tersebut tak belajar sebenarnya.  PBS memerlukan pelajar faham apa yang dia belajar dan bukan hafal.  Kalau pelajar itu faham, maka pasti boleh jawab.  Apabila pelajar itu faham, tidak kira lah bagaimana pun bentuk soalan dan apakah format yang digunakan.  Pasti pelajar itu boleh jawab.  Seperti yang kita tahu soalan itu tak ada jawapan pilihan.  Untuk setiap markah pelajar harus bagi jawapan yang betul.  Kalau dapat pun soalan bocor, kalau tak tahu nak jawab, memang tak boleh jawablah.  Nak tembak macam PMR pun ta boleh.Kalau tembak , ada harapan dapat markah.

Walaupun jumlah pelajar yang dapat semua A menurun, itulah sebenarnya kualiti pelajar yang kita ada.  Selama ini pelajar kita telah buat banyak ujian tahun tahun lepas, yang membantu mereka menjawab.  maka mulai tahun 2014, perkara ini tak berlaku lagi.  Lebih menyedihkan soalan untuk satu sekolah dan sekolah yang lain tak sama.  Itu saje membuatkan perbandingan tidak boleh dibuat antara sekolah.  Bukan setakat itu, dalam satu soalan, pelajar boleh pilih nak jawab soalan yang mana.  Mungkin yang kita pilih tu yang kita faham.  dan mungkin juga semua kita tak faham.

Disekolah anak saya, keputusan PT3 tidak berarti apa apa.  Pelajar telahpun disediakan kelas tingkatan 4, berdasarkan percubaan PT3.  Maksudnya, penilaian ini hanya untuk ibu bapa tahu samada selama tiga tahun yang lalu anak-anak mereka faham atau tidak apa yang mereka belajar di sekolah.
 
Peperiksaan UMUM yang sebenarnya adalah SPM.  Kalau selama ini cara belajar salah, atau tak belajar langsung, maka tingkatan 4 adalah permulaan yang baru.  pelajar harus mula belajar dengan lebih baik.

Untuk Ibu bapa, keputusan yang baik hanya dapat dihasilkan dari usaha anak anak yang baik.  Tak mungkin seorang tanam jagung tapi harap hasilnya padi.  Bukan semua guru guru perfect.  Tapi kalau masih ramai yang dapat 10A, kenapa anak saya tak dapat ?

Bila saya tanya soalan yang sama kepada anak saya, jawapan yang diberi oleh beliau adalah, "Saya lambat mulakan belajar".

Untuk pelajar yang kata nya semua F atau gagal, jangan salahkan guru, kementerian dan lain lain.  Hakikatnya, pelajar nih belajar atau tidak di sekolah?



Wednesday, April 2, 2014

Harga Barang Naik...Kerajaan Tak Bantu Rakyat.....Perspektif !! atau Realiti !!

  Hujung minggu lalu saya telah ke pasaraya GIANT di puchong.  Ketika saya beratur untuk membayar, dihadapan saya, terdapat satu keluarga lain yang sedang membayar.  Kemudian, keluarga tersebut seperti terkejut dan memberi komen kepada saya.

  "Saya beli macam ni pun harga dah tinggi, apa agaknya kerajaan buat nak bantu kita.  Kata kerajaan nak bantu rakyat"

   Saya hanya tersenyum.  Sebagai orang islam saya belajar, tak ada sesiapa yang boleh bantu seseorang itu melainkan dia bantu diri sendiri dengan izin ALLAH.  Dan tidak ada orang boleh merosakkan seseorang itu melainkan dia merosakkan diri dia sendiri dan juga dengan izin ALLAH.  Rezeki telah ditetapkan oleh ALLAH.  Rezeki seseorang tidak akan terlebih atau pun terkurang walau pun sebesar butir zarah.  Ramai orang yang bekerja kuat, tetapi sekiranya telah ditetapkan, mereka akan miskin, bantulah macam mana pun, mereka akan tetap miskin.  Ada sebahagian lagi manusia, yang telah ditetapkan kaya.  Walau pun hari hari tidur tanpa usaha, mereka ini akan tetap kaya.  Walaupun ada beribu manusia dan jin, berusaha untuk menjadikan orang kaya ini miskin, mereka akan pasti tetap kaya.
   Kerana keadilan ALLAH, maka ALLAH tidak letakkan kekayaan atau kemiskinan sebagai tanda aras untuk kejayaan.  Tetapi ALLAH letakkan iman dan amal sebagai tanda aras kepada kejayaan.  Orang kaya akan diuji dengan kekayaan dan orang miskin akan diuji dengan kemiskinan mereka.

   Walaupun begitu sebagai kerajaan yang prihatin, saya sangat berharap agar sesuatu dapat dibuat untuk membetulkan perspektif rakyat.  Misalnya, kerajaan membelanjakan sebanyak RM4.6 billion untuk memanfaatkan kepada 7.9 juta kumpulan sasaran.  Ini usaha yang baik.  Tetapi wang sebanyak RM650 seorang ini lepas seminggu dah habis.  Bagaimana kerajaan nak bantu rakyat selama 12 bulan yang akan datang ? 


Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 ini, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131025/dn_42/Bajet-2014-BR1M-dinaikkan-kepada-RM300-dan-RM650#ixzz2xmOvTZyv 

Saya mencadangkan kerajaan sendiri yang mendirikan pasaraya rakyat dan kedai rakyat.  Pekerja-pekerja ini terdiri dari kakitangan kerajaan.  Sama seperti kakitangan kerajaan yang lain.  Lambakkan kedai ini di seluruh negara dengan barangan yang berharga lebih murah.
Secara tidak langsung usaha ini akan memberi tekanan kepada kedai-kedai lain atau pasaraya lain untuk menurunkan harga mereka kepada kadar yang lebih murah.  Dengan cara ini semua rakyat dapat menikmati harga barangan dengan harga yang lebih murah, di samping itu kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Sekira harga barangan dari pengedar terlalu mahal, kerajaan boleh dirikan sendiri kilang kilang makanan untuk mengeluarkan hasil dengan harga yang lebih murah.  Ingat kerajaan bukan "profit center", tetapi "cost center"   Kalau ini boleh dilakukan, perspektif akan diubah dan bantuan yang diberi bukan untuk satu jangka masa yang pendik, tetapi untuk selama lamanya.

Kerajaan bukan tak bantu rakyat, cuma mungkin belum dapat cara yang paling baik untuk bantu.  Semua perkara ada kebaikan dan ada keburukan.  Mungkin dengan buah fikiran saya boleh memberi kerajaan cungkil idea baru.


Sebenar nya banyak lagi yang boleh dibuat sekira nya kerajaan betul betul berfikir untuk rakyat.


Sehingga di lain kali....wassalam





Tuesday, March 11, 2014

Pesawat Hilang .. Full Stop

Saya tertarik dengan kenyataan kapten Norudin berkenaan penerbangan MH370.  Mengikut kata beliau, "Pesawat itu hilang. Full stop".

Bulan lepas saya kehilangan kad kredit.  Habis semua tempat sudah dicari.  Dalam kereta, seperti di "arm rest", "dashboard", "book container" dan  dalam rumah seperti dalam laci, depan meja komputer dan lain lain lagi.   Memang tak jumpa.   Apa yang saya telah buat, saya telah menghubungi bank pengeluar untuk mati kan perkhidmatan kad kredit tersebut dan mendapatkan gantian semula.  Untuk perkara ini saya dikenakan bayaran RM50.  Selepas sebulan, saya jumpa balik kad kredit tersebut dalam "arm rest" yang saya dah cari banyak kali.  Aduhhh.....huhuhu

   Tapi kehilangan pesawat, boleh ke macam tu?  Semalam saya berbual dengan kawan saya yang berkhidmat di DCA.  Kami berbual berkisarkan apa yang kapten Norudin beritahu dan juga maklumat lain. Apa yang memeranjatkan, banyak rupanya kapal terbang /pesawat yang hilang.  Sebagai contoh, ADAM AIR di indonesia.  Di kata kan ada orang nampak kat mana pesawat itu jatuh menjunam.  Tapi apabila dicari, pesawat itu tidak dijumpai.  Setelah lama, akhir nya, yang hanya dijumpai adalah kotak hitam (Black Box) pesawat.  Mana perginya kerusi dan bahagian badan pesawat yang lain.  Begitu juga dengan jenazah mangsa didalamnya. 

   "Setelah habis usaha dengan SAINS, bermulalah khudrat ALLAH" lebih kurang lah tu ...cakap kapten Norudin.  Setelah pengharapan kepada makhluk habis, maka bermulalah pengharapan kepada pencipta makhluk.  Di Malaysia nih kita telah banyak terpesong.  Kita telah letak terlalu banyak keyakinan dengan kekuasaan yang kita ada walaupun itu hanyalah secebis sahaja. Kalau dibandingkan dengan Kekuasaan Allah, kekuasaan kita, pengetahuan kita, terlalu kerdil kita sebenarnya.  baru MH370 hilang, ramai yang panik.   tetapi kehidupan harus diteruskan.  Allah baru nak tunjuk sikit, baru 1 kapal terbang hilang, ramai yang dah tak tahu nak buat apa.  Duduk depan TV tunggu berita, tengok what app untuk mencari berita, tengok twitter untuk cari berita dan lain lain lagi.  ini termasuklah saya.  Hakikat nya, lebih ramai yang mati dan hilang bukan dengan kapal terbang.  Tetapi kerisauan kita tidak terserlah seperti mana kerisauan kehilangan pesawat.    
   
   Mungkinkah kehilangan pesawat ini hanya satu dari banyak cara Allah nak kita berubah.  Bertaubat dengan kesalahan kita.  Hidup dengan bersatu padu.  Berhenti menyalahkan orang lain.  Berhenti pandang buruk orang lain.  Berhenti ceritakan keburukan orang lain.   Hidup dengan kasih sayang.  Taat kepada pemerintah.  Berhenti berbohong sesama kita.  Banyak sangka baik sesama kita.

Saya berdoa semoga pesawat itu ditemui.  Saya berdoa semoga mereka dalam pesawat selamat.  Saya juga berdoa semoga, kita semua rakyat malaysia boleh hidup dengan penuh sangka baik.    
 
Seperti mana saya kena bayar RM50 kerana kad kredit, rakyat malaysia terpaksa membayar dengannya nyawa dan sebuah pesawat.  Kalau rakyat masih lagi sibuk untuk tuduh menuduh, buruk sangka, cerita buruk orang, mengkhianati pemerintah...mungkin kita terpaksa mambayar dengan sebuah negara....seperti Libya, mesir dan iraq.

walla-hu alam

Wednesday, February 12, 2014

PBS KENA TANGGUH....ARGH!!!!!

Beberapa hari yang lepas, TPM mengumumkan bahawa PBS akan ditangguhkan untuk seketika.  Aku mengeluh, sekali lagi.  Persoalannya kenapa nak tangguh?

Aku telah bekerja lebih kurang 20 tahun di sebuah syarikat swasta.  Dalam masa ini, aku telah ambil puluhan orang bekerja dan aku telah menemuduga ratusan orang untuk department aku.   Kesimpulannya, graduan hasil dari sistem pendidikan sebelum ini tidak dapat menghasilkan graduan yang berkebolehan dan kritikal dalam pemikiran.  Kita hanya menghasilkan graduan yang "copy paste".  Graduan yang mengharapkan "Spoon feed".  Kita menghasilkan banyak graduan yang pasif. Hanya sebilangan kecil graduan kita yang mampu menyatakan pendapat tanpa mengikut emosi juga dengan menggunakan fakta.  Menyatakan pendapat untuk kemajuan.  Aku berharap kita dapat menukar kepada satu sistem pembelajaran yang baru.

   Empat tahun yang lepas, kerajaan melaksanakan PBS- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.  Setelah dikaji aku berpendapat sistem ini sangat bagus.  Inilah sistem yang aku cadangkan selama ini.  Walau bagaimanapun ada beberapa persoalan yang masih belum terjawab berkenaan sistem yang baik ini.  
Setelah 4 tahun,  
  3 anak saya mengikuti PBS, tingkatan 3, tahun 4 ( 2 orang).  Manakala satu lagi masih menggunakan sistem lama di tahun 5.

Pemerhatian

1.  Anak anak yang mengikuti PBS lebih berani untuk bercakap dan menyatakan pendapat.  Mereka dilatih untuk membuat "public speaking" dalam kelas ketika masih di tahun 1.  Ini adalah sangat baik.

2.  Kecenderungan anak-anak dapat dilihat ketika mereka masih di sekolah rendah.

3.  Mereka lebih bersemangat untuk ke sekolah untuk menghadapi hari hari mendatang.

4.  PBS berjaya mengasing pelajar yang suka menghafal dengan yang mempunyai talent.  Kerja-kerja sekolah yang dibuat secara kosistent menyebabkan ramai pelajar putus asa.  Ini dilatih ketika masih disekolah.  Saya rasa ini sangat bagus.

5.  Aktiviti anak-anak di rumah sangat menyeronokkan sehinggakan anak saya yang tidak membuat PBS berasa cemburu dengan adik adik dia.
System paru-paru - tahun 4

Walaupun begitu, saya tak nafikan bahawa sistem ini perlukan penambah-baikan.  seperti berikut?

1.  Kalau cikgu hanya meletakkan semua pelajar band 6, walau pun pelajar itu tak layak, apa yang akan berlaku.?  Bagaimana nak menghalang guru dari menipu?

2.  Guru komplen banyak kerja.  Ye ke.  Hairan macammana cikgu boleh buat kelas tambahan diluar kalau banyak kerja.  Banyak kerja juga mungkin sebab cikgu buat kerja dua kali.  Perkara ini selalu berlaku ketika kita berubah dari satu sistem kepada sistem yang baru.  Tak caya, cuba lah implement "CMMI level 5".

3.  System down.  Ini selalu saya dengar.  Ini bukan salah kerajaan yang nak baiki sistem pelajaran.  Tapi salah orang IT yang berlagak pandai.  Suruh mereka baiki.  Jangan balik selagi tak siap.  Kalau tak pun suruh aje dia orang masukkan maklumat.  Biar dia rasa perasaan cikgu-cikgu.

4.  Apakah sistem yang akan digunakan untuk melayakkan masuk ke universiti?  Saya mencadangkan universiti mempunyai peperiksaan mereka sendiri, dan mereka boleh memilih dari peperiksaan tersebut.  di US, mereka ada peperiksaan tertentu dan di korea universiti membuat peperiksaan tersebut.  Dan konsep peperiksaan ini, bukanlah apa yang di belajar di sekolah, tetapi harus lah general knowledge supaya pelajar tak sibuk mengadakan kelas tambahan.
Jenis jenis soalan pula hendaklah lebih kepada kritikal thinking.  Bukan penting betul atau salah, tetapi, kenapa kita rasa betul atau kenapa kita rasa salah.  Berdasarkan apa kita bagi pendapat seperti itu.  Perkara ini pelajar tak boleh hafal.

Dengan cara ini kita akan lihat, terhasilnya sekolah yang baik dan sekolah yang kurang baik.  Ibu bapa akan berebut untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang baik

Saya mengharapkan kita dapat meneruskan sistem PBS ini dengan penambah baikan.  Apa yang saya rasa kan, proses ini sama seperti ketika saya mengambil CMMI level 5, sebagai process improvement yang baru.  Ramai yang mengeluh.  tetapi kita kena teruskan.  saya pernah tanya satu soalan, "Kalau yang kita buat itu adalah yang terbaik, bagaimana nak buat improvement lagi?

Monday, February 10, 2014

Kemurkaan Allah Dalam Perpecahan Rakyat

Dalam keghairahan berpolitik, ramai yang telah membenarkan perkara-perkara yang salah dilakukan.  Islam adalah agama yang meminta ummat nya bersatu.  Semua manusia handak lah bersatu dengan Tali 'ALLAH'. Maksud nya disini semua manusia hendaklah berpegang teguh dengan syariat yang diturunkan kepada mereka.  Tidak ada berbelah bagi dalam ketaatan.  Tidak ada pilihan dalam ketaatan.  Apabila semua nya berpegang dengan syariat Allah, maka tidak akan ada perpecahan berlaku.  Manusia kena belajar qada' dan kadar, syukur dan kufur.

Allah bagitahu dalam quran, sesungguhnya Allah yang melantik pemimpin-pemimpin.  Kerana itu manusia tidak wajar bertindak untuk menjatuhkan pemimpin.  Tak kira lah menjatuhkan pemimpin menggunakan kekerasan atau menggunakan kertas undi.

Dan kita telah melihat, apabila pemimpin pilihan Allah dijatuhkan secara paksa, maka hura-hara telah berlaku di negara tersebut untuk satu jangka masa yang sangat lama.  Lihatlah Iraq, lihatlah mesir, lihatlah syria.

Huru-hara di Mesir - dah berapa lama ?
Syria - berapa lama lagi?


    Seperti yang telah banyak disebarkan, adalah haram untuk menukar kerajaan sedia ada walau pun dengan cara kertas undi.  Ramai yang berkata, ketika pilihan raya, tiada kerajaan, maka tidak mengapa sekiranya kita menukar kerajaan.  Hakikat sebenar larangan ini ialah tidak mahu manusia ini berpecah belah.  Perkara pertama, pilihan raya itupun tidak patut diadakan.  Pilihanraya  telah menyebabkan perpecahan.  Kalau pun kita terpaksa menerima pilihan raya atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan dan process itu tidak boleh ditukar, maka sesiapa yang memerintah tidak boleh ditukarkan walau apa sebab sekalipun.   Kebiasaannya, pertukaran itu akan membawa lebih banyak mudarat dari kebaikan.


Ramai yang berkata, kerajaan sekarang zalim, tidak syariah, dan lain lain lagi.  Zalim , tidak syariah  dan semua itu bukan hak rakyat untuk mengukur.  Sesungguhnya itu hak Allah untuk mengukur.  Sekiranya pemimpin itu zalim, Allah sendiri yang akan menghukum beliau.

"Tiada siapa pun yang Allah lantik menjadi pemimpin mengetuai urusan rakyat dan matinya dalam keadaan menipu melainkan Allah SWT haramkan dirinya daripada masuk ke dalam syurga". (HR Muslim) 


Ada satu hadis, Nabi s.a.w. memberitahu sahabat bahawa akan sampai satu masa dunia akan diperintah oleh pemerintah yang zalim, yang tidak taat kepada Allah.  Maka sahabat pun bertanya, wahai Rasulullah, sekiranya aku masih hidup di zaman itu , apakah yang patut aku lakukan? Maka baginda menjawap, masuklah kamu ke dalam hutan dan tunggulah keputusan Allah ( Ajal ).

Kerana itu, ketika zaman pemerintahan tabiin, terutama ketika kewafatan, cucunda nabi ,  ramai sahabat yang tidak selesa dengan cara pemerintahan telah menjauhkan diri ke kampung-kampung.  Sehinggakan ketika cucunda baginda wafat, sahabat hanya melihat dengan linangan air mata.

Banyak lagi hadis hadis yang menyatakan tentang larangan menjatuhkan kerajaan dan atau pemimpin yang beragama islam.

Ustaz idris sulaiman ada kuliah yang panjang lebar mengenai perkara ini dan boleh didapati di
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2012/01/04012012-ustaz-idris-sulaiman-haram.html

Catatan ini bukan lah terpengaruh dari ceramah ustaz idris, tetapi ceramah baliau hanya digunakan sebagai  dalil untuk menguatkan hujah.  Beliau banyak menerangkan tentang hadis dan quran berkenaan dengan hal yang diperkatakan. 

Wallah hualam

Sunday, February 9, 2014

Betulkah Pilihan Kita, mengikut nafsu atau ilmu ?

Pagi ni seorang sahabat menghantar satu gambar menerusi whataps dari sheikh Yusof Qardawi, yang mempunyai kata- kata
     "Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam dan suara Islam serta memperlihatkan     Islam, merupakan satu jihad Utama"

Saya hairan, kenapa kata-kata ini diambil, adakah kata-kata ini betul sangat?  Adakah kata-kata ini baik kerana dia Yusof Qardawi ?

Yusof Qardawi, merupakan seorang ulama' dari mesir.  Dia dari mazhab Shafie.  Jadi banyak fatwa yang dikeluarkan oleh beliau diguna pakai oleh pengikut mazhab shafie yang lain.  Sebab nya mudah, kebanyakkan ulama' bermazhab imam shafie, belajar di mesir.  Lebih tepat lagi di universiti Al-Azhar.  Mungkin saya patut katakan, ramai ulama' di malaysia yang belajar di sana.  Apa sahaja yang dikatakan oleh beliau, mempunyai kesan yang besar kepada penganut agama islam di Malaysia.


Fatwa halal untuk interest bank -Dari berberapa Mufti Mesir.
Persoalan nya, kenapa fatwa dipilih-pilih ?  Yang sesuai dengan nafsu diikut dan yang tak sesuai dengan nafsu di tolak dengan berbagai alasan.

Saya pernah dengar satu cerita, 
  Manusia ni, kalau satu ustaz bagi tahu dia yang melakukan satu perkara itu salah, dia akan berterusan bertanya seorang demi seorang ustaz, sehinnglah dia menemui seorang ustaz yang mengatakan perkara yang dilakukan itu tidak salah, walau pun tidak betul.

di bawah ini petikan dari
  http://www.arabwestreport.info/year-2002/week-31/6-religious-campaign-promoting-islamic-banks-destroy-national-economy

The campaign of Sheikh Al-Qaradawi, who emigrated from Egypt a long time ago and has criticized the Azhar in its capacity as a religious institution that is against the political Islamic groups he belongs to, has economic and not religious targets. He wants people to deposit their money in Islamic banks even if they are inadequate. It is as if he wants people to follow the proverb saying: "Put it on the shoulders of a scholar and be saved." If so, why not put it on the shoulders of the Sheikh of the Azhar? 

Kita lebih cenderong untuk mengikut kehendak nafsu sendiri yang dipandukan oleh , pengangan kita seperti politik dll.

Some Azhar scholars who belonged to political Islamic groups attacked him ( sheikh al azhar)
http://www.arabwestreport.info/year-2002/week-31/6-religious-campaign-promoting-islamic-banks-destroy-national-economy


Fatwa asal yang mengatakan interest haram

The eminent Muslim scholar Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, states the following: 

"The interest on bank accounts is unlawful or haram because such interest is an increase of money made without effort or trade.


Fatwa yang mengata kan kenapa interest bank halal
This fatwa follows the Azhar view that interest is simply a form of profit on a mudarba and characterises the depositor-bank relationship as that of an investor and his investment agent and legitimized collection of a fixed profit percentage (interest).

http://www.islamonline.com/news/articles/82/Al-Azhar-University-fatwa-allows-for-interest-on-B.html


Wallahu alam