Monday, December 22, 2014

Keputusan PT3 - Apa makna nya

Alhamdulillah, semalam 22-dec-2014 keputusan PT3 telah pun keluar. Anak saya telah dapat 6A 4B untuk keputusan PT3.  Tidaklah mengecewakan, tetapi seharusnya berharap yang lebih baik.  lebih lebih lagi setelah kita tahu, bagi matapelajaran yang mendapat 4B, semua markah nya antara 76 dan 79.  Berharaplah juga agar kerajaan turunkan graph seperti peperiksaan PMR yang lalu.  Tapi tahun nih, lembaga peperiksaan tidak bercadang untuk menurun kan "Grading Graph".  Maka kekal lah dengan 4B.  Kalau tidak, boleh lah dapat 10A, memandangkan B tu di mata pelajaran yang semua orang score rendah iaitu english, sains dan matematik.

Bagi pelajar yang mendapat F, saya sangat bersimpati dengan pelajar dan keluarga pelajar.  Dari apa yang saya lihat boleh saya katakan pelajar tersebut tak belajar sebenarnya.  PBS memerlukan pelajar faham apa yang dia belajar dan bukan hafal.  Kalau pelajar itu faham, maka pasti boleh jawab.  Apabila pelajar itu faham, tidak kira lah bagaimana pun bentuk soalan dan apakah format yang digunakan.  Pasti pelajar itu boleh jawab.  Seperti yang kita tahu soalan itu tak ada jawapan pilihan.  Untuk setiap markah pelajar harus bagi jawapan yang betul.  Kalau dapat pun soalan bocor, kalau tak tahu nak jawab, memang tak boleh jawablah.  Nak tembak macam PMR pun ta boleh.Kalau tembak , ada harapan dapat markah.

Walaupun jumlah pelajar yang dapat semua A menurun, itulah sebenarnya kualiti pelajar yang kita ada.  Selama ini pelajar kita telah buat banyak ujian tahun tahun lepas, yang membantu mereka menjawab.  maka mulai tahun 2014, perkara ini tak berlaku lagi.  Lebih menyedihkan soalan untuk satu sekolah dan sekolah yang lain tak sama.  Itu saje membuatkan perbandingan tidak boleh dibuat antara sekolah.  Bukan setakat itu, dalam satu soalan, pelajar boleh pilih nak jawab soalan yang mana.  Mungkin yang kita pilih tu yang kita faham.  dan mungkin juga semua kita tak faham.

Disekolah anak saya, keputusan PT3 tidak berarti apa apa.  Pelajar telahpun disediakan kelas tingkatan 4, berdasarkan percubaan PT3.  Maksudnya, penilaian ini hanya untuk ibu bapa tahu samada selama tiga tahun yang lalu anak-anak mereka faham atau tidak apa yang mereka belajar di sekolah.
 
Peperiksaan UMUM yang sebenarnya adalah SPM.  Kalau selama ini cara belajar salah, atau tak belajar langsung, maka tingkatan 4 adalah permulaan yang baru.  pelajar harus mula belajar dengan lebih baik.

Untuk Ibu bapa, keputusan yang baik hanya dapat dihasilkan dari usaha anak anak yang baik.  Tak mungkin seorang tanam jagung tapi harap hasilnya padi.  Bukan semua guru guru perfect.  Tapi kalau masih ramai yang dapat 10A, kenapa anak saya tak dapat ?

Bila saya tanya soalan yang sama kepada anak saya, jawapan yang diberi oleh beliau adalah, "Saya lambat mulakan belajar".

Untuk pelajar yang kata nya semua F atau gagal, jangan salahkan guru, kementerian dan lain lain.  Hakikatnya, pelajar nih belajar atau tidak di sekolah?