Wednesday, February 12, 2014

PBS KENA TANGGUH....ARGH!!!!!

Beberapa hari yang lepas, TPM mengumumkan bahawa PBS akan ditangguhkan untuk seketika.  Aku mengeluh, sekali lagi.  Persoalannya kenapa nak tangguh?

Aku telah bekerja lebih kurang 20 tahun di sebuah syarikat swasta.  Dalam masa ini, aku telah ambil puluhan orang bekerja dan aku telah menemuduga ratusan orang untuk department aku.   Kesimpulannya, graduan hasil dari sistem pendidikan sebelum ini tidak dapat menghasilkan graduan yang berkebolehan dan kritikal dalam pemikiran.  Kita hanya menghasilkan graduan yang "copy paste".  Graduan yang mengharapkan "Spoon feed".  Kita menghasilkan banyak graduan yang pasif. Hanya sebilangan kecil graduan kita yang mampu menyatakan pendapat tanpa mengikut emosi juga dengan menggunakan fakta.  Menyatakan pendapat untuk kemajuan.  Aku berharap kita dapat menukar kepada satu sistem pembelajaran yang baru.

   Empat tahun yang lepas, kerajaan melaksanakan PBS- Pentaksiran Berasaskan Sekolah.  Setelah dikaji aku berpendapat sistem ini sangat bagus.  Inilah sistem yang aku cadangkan selama ini.  Walau bagaimanapun ada beberapa persoalan yang masih belum terjawab berkenaan sistem yang baik ini.  
Setelah 4 tahun,  
  3 anak saya mengikuti PBS, tingkatan 3, tahun 4 ( 2 orang).  Manakala satu lagi masih menggunakan sistem lama di tahun 5.

Pemerhatian

1.  Anak anak yang mengikuti PBS lebih berani untuk bercakap dan menyatakan pendapat.  Mereka dilatih untuk membuat "public speaking" dalam kelas ketika masih di tahun 1.  Ini adalah sangat baik.

2.  Kecenderungan anak-anak dapat dilihat ketika mereka masih di sekolah rendah.

3.  Mereka lebih bersemangat untuk ke sekolah untuk menghadapi hari hari mendatang.

4.  PBS berjaya mengasing pelajar yang suka menghafal dengan yang mempunyai talent.  Kerja-kerja sekolah yang dibuat secara kosistent menyebabkan ramai pelajar putus asa.  Ini dilatih ketika masih disekolah.  Saya rasa ini sangat bagus.

5.  Aktiviti anak-anak di rumah sangat menyeronokkan sehinggakan anak saya yang tidak membuat PBS berasa cemburu dengan adik adik dia.
System paru-paru - tahun 4

Walaupun begitu, saya tak nafikan bahawa sistem ini perlukan penambah-baikan.  seperti berikut?

1.  Kalau cikgu hanya meletakkan semua pelajar band 6, walau pun pelajar itu tak layak, apa yang akan berlaku.?  Bagaimana nak menghalang guru dari menipu?

2.  Guru komplen banyak kerja.  Ye ke.  Hairan macammana cikgu boleh buat kelas tambahan diluar kalau banyak kerja.  Banyak kerja juga mungkin sebab cikgu buat kerja dua kali.  Perkara ini selalu berlaku ketika kita berubah dari satu sistem kepada sistem yang baru.  Tak caya, cuba lah implement "CMMI level 5".

3.  System down.  Ini selalu saya dengar.  Ini bukan salah kerajaan yang nak baiki sistem pelajaran.  Tapi salah orang IT yang berlagak pandai.  Suruh mereka baiki.  Jangan balik selagi tak siap.  Kalau tak pun suruh aje dia orang masukkan maklumat.  Biar dia rasa perasaan cikgu-cikgu.

4.  Apakah sistem yang akan digunakan untuk melayakkan masuk ke universiti?  Saya mencadangkan universiti mempunyai peperiksaan mereka sendiri, dan mereka boleh memilih dari peperiksaan tersebut.  di US, mereka ada peperiksaan tertentu dan di korea universiti membuat peperiksaan tersebut.  Dan konsep peperiksaan ini, bukanlah apa yang di belajar di sekolah, tetapi harus lah general knowledge supaya pelajar tak sibuk mengadakan kelas tambahan.
Jenis jenis soalan pula hendaklah lebih kepada kritikal thinking.  Bukan penting betul atau salah, tetapi, kenapa kita rasa betul atau kenapa kita rasa salah.  Berdasarkan apa kita bagi pendapat seperti itu.  Perkara ini pelajar tak boleh hafal.

Dengan cara ini kita akan lihat, terhasilnya sekolah yang baik dan sekolah yang kurang baik.  Ibu bapa akan berebut untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang baik

Saya mengharapkan kita dapat meneruskan sistem PBS ini dengan penambah baikan.  Apa yang saya rasa kan, proses ini sama seperti ketika saya mengambil CMMI level 5, sebagai process improvement yang baru.  Ramai yang mengeluh.  tetapi kita kena teruskan.  saya pernah tanya satu soalan, "Kalau yang kita buat itu adalah yang terbaik, bagaimana nak buat improvement lagi?

Monday, February 10, 2014

Kemurkaan Allah Dalam Perpecahan Rakyat

Dalam keghairahan berpolitik, ramai yang telah membenarkan perkara-perkara yang salah dilakukan.  Islam adalah agama yang meminta ummat nya bersatu.  Semua manusia handak lah bersatu dengan Tali 'ALLAH'. Maksud nya disini semua manusia hendaklah berpegang teguh dengan syariat yang diturunkan kepada mereka.  Tidak ada berbelah bagi dalam ketaatan.  Tidak ada pilihan dalam ketaatan.  Apabila semua nya berpegang dengan syariat Allah, maka tidak akan ada perpecahan berlaku.  Manusia kena belajar qada' dan kadar, syukur dan kufur.

Allah bagitahu dalam quran, sesungguhnya Allah yang melantik pemimpin-pemimpin.  Kerana itu manusia tidak wajar bertindak untuk menjatuhkan pemimpin.  Tak kira lah menjatuhkan pemimpin menggunakan kekerasan atau menggunakan kertas undi.

Dan kita telah melihat, apabila pemimpin pilihan Allah dijatuhkan secara paksa, maka hura-hara telah berlaku di negara tersebut untuk satu jangka masa yang sangat lama.  Lihatlah Iraq, lihatlah mesir, lihatlah syria.

Huru-hara di Mesir - dah berapa lama ?
Syria - berapa lama lagi?


    Seperti yang telah banyak disebarkan, adalah haram untuk menukar kerajaan sedia ada walau pun dengan cara kertas undi.  Ramai yang berkata, ketika pilihan raya, tiada kerajaan, maka tidak mengapa sekiranya kita menukar kerajaan.  Hakikat sebenar larangan ini ialah tidak mahu manusia ini berpecah belah.  Perkara pertama, pilihan raya itupun tidak patut diadakan.  Pilihanraya  telah menyebabkan perpecahan.  Kalau pun kita terpaksa menerima pilihan raya atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan dan process itu tidak boleh ditukar, maka sesiapa yang memerintah tidak boleh ditukarkan walau apa sebab sekalipun.   Kebiasaannya, pertukaran itu akan membawa lebih banyak mudarat dari kebaikan.


Ramai yang berkata, kerajaan sekarang zalim, tidak syariah, dan lain lain lagi.  Zalim , tidak syariah  dan semua itu bukan hak rakyat untuk mengukur.  Sesungguhnya itu hak Allah untuk mengukur.  Sekiranya pemimpin itu zalim, Allah sendiri yang akan menghukum beliau.

"Tiada siapa pun yang Allah lantik menjadi pemimpin mengetuai urusan rakyat dan matinya dalam keadaan menipu melainkan Allah SWT haramkan dirinya daripada masuk ke dalam syurga". (HR Muslim) 


Ada satu hadis, Nabi s.a.w. memberitahu sahabat bahawa akan sampai satu masa dunia akan diperintah oleh pemerintah yang zalim, yang tidak taat kepada Allah.  Maka sahabat pun bertanya, wahai Rasulullah, sekiranya aku masih hidup di zaman itu , apakah yang patut aku lakukan? Maka baginda menjawap, masuklah kamu ke dalam hutan dan tunggulah keputusan Allah ( Ajal ).

Kerana itu, ketika zaman pemerintahan tabiin, terutama ketika kewafatan, cucunda nabi ,  ramai sahabat yang tidak selesa dengan cara pemerintahan telah menjauhkan diri ke kampung-kampung.  Sehinggakan ketika cucunda baginda wafat, sahabat hanya melihat dengan linangan air mata.

Banyak lagi hadis hadis yang menyatakan tentang larangan menjatuhkan kerajaan dan atau pemimpin yang beragama islam.

Ustaz idris sulaiman ada kuliah yang panjang lebar mengenai perkara ini dan boleh didapati di
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2012/01/04012012-ustaz-idris-sulaiman-haram.html

Catatan ini bukan lah terpengaruh dari ceramah ustaz idris, tetapi ceramah baliau hanya digunakan sebagai  dalil untuk menguatkan hujah.  Beliau banyak menerangkan tentang hadis dan quran berkenaan dengan hal yang diperkatakan. 

Wallah hualam

Sunday, February 9, 2014

Betulkah Pilihan Kita, mengikut nafsu atau ilmu ?

Pagi ni seorang sahabat menghantar satu gambar menerusi whataps dari sheikh Yusof Qardawi, yang mempunyai kata- kata
     "Menggunakan internet untuk menyampaikan maklumat Islam dan suara Islam serta memperlihatkan     Islam, merupakan satu jihad Utama"

Saya hairan, kenapa kata-kata ini diambil, adakah kata-kata ini betul sangat?  Adakah kata-kata ini baik kerana dia Yusof Qardawi ?

Yusof Qardawi, merupakan seorang ulama' dari mesir.  Dia dari mazhab Shafie.  Jadi banyak fatwa yang dikeluarkan oleh beliau diguna pakai oleh pengikut mazhab shafie yang lain.  Sebab nya mudah, kebanyakkan ulama' bermazhab imam shafie, belajar di mesir.  Lebih tepat lagi di universiti Al-Azhar.  Mungkin saya patut katakan, ramai ulama' di malaysia yang belajar di sana.  Apa sahaja yang dikatakan oleh beliau, mempunyai kesan yang besar kepada penganut agama islam di Malaysia.


Fatwa halal untuk interest bank -Dari berberapa Mufti Mesir.
Persoalan nya, kenapa fatwa dipilih-pilih ?  Yang sesuai dengan nafsu diikut dan yang tak sesuai dengan nafsu di tolak dengan berbagai alasan.

Saya pernah dengar satu cerita, 
  Manusia ni, kalau satu ustaz bagi tahu dia yang melakukan satu perkara itu salah, dia akan berterusan bertanya seorang demi seorang ustaz, sehinnglah dia menemui seorang ustaz yang mengatakan perkara yang dilakukan itu tidak salah, walau pun tidak betul.

di bawah ini petikan dari
  http://www.arabwestreport.info/year-2002/week-31/6-religious-campaign-promoting-islamic-banks-destroy-national-economy

The campaign of Sheikh Al-Qaradawi, who emigrated from Egypt a long time ago and has criticized the Azhar in its capacity as a religious institution that is against the political Islamic groups he belongs to, has economic and not religious targets. He wants people to deposit their money in Islamic banks even if they are inadequate. It is as if he wants people to follow the proverb saying: "Put it on the shoulders of a scholar and be saved." If so, why not put it on the shoulders of the Sheikh of the Azhar? 

Kita lebih cenderong untuk mengikut kehendak nafsu sendiri yang dipandukan oleh , pengangan kita seperti politik dll.

Some Azhar scholars who belonged to political Islamic groups attacked him ( sheikh al azhar)
http://www.arabwestreport.info/year-2002/week-31/6-religious-campaign-promoting-islamic-banks-destroy-national-economy


Fatwa asal yang mengatakan interest haram

The eminent Muslim scholar Sheikh Yusuf Al-Qaradawi, states the following: 

"The interest on bank accounts is unlawful or haram because such interest is an increase of money made without effort or trade.


Fatwa yang mengata kan kenapa interest bank halal
This fatwa follows the Azhar view that interest is simply a form of profit on a mudarba and characterises the depositor-bank relationship as that of an investor and his investment agent and legitimized collection of a fixed profit percentage (interest).

http://www.islamonline.com/news/articles/82/Al-Azhar-University-fatwa-allows-for-interest-on-B.html


Wallahu alam