Beberapa hari yang lepas, TPM mengumumkan bahawa PBS akan ditangguhkan untuk seketika. Aku mengeluh, sekali lagi. Persoalannya kenapa nak tangguh?
Walaupun begitu, saya tak nafikan bahawa sistem ini perlukan penambah-baikan. seperti berikut?
Aku telah bekerja lebih kurang 20 tahun di sebuah syarikat swasta. Dalam masa ini, aku telah ambil puluhan orang bekerja dan aku telah menemuduga ratusan orang untuk department aku. Kesimpulannya, graduan hasil dari sistem pendidikan sebelum ini tidak dapat menghasilkan graduan yang berkebolehan dan kritikal dalam pemikiran. Kita hanya menghasilkan graduan yang "copy paste". Graduan yang mengharapkan "Spoon feed". Kita menghasilkan banyak graduan yang pasif. Hanya sebilangan kecil graduan kita yang mampu menyatakan pendapat tanpa mengikut emosi juga dengan menggunakan fakta. Menyatakan pendapat untuk kemajuan. Aku berharap kita dapat menukar kepada satu sistem pembelajaran yang baru.
Empat tahun yang lepas, kerajaan melaksanakan PBS- Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Setelah dikaji aku berpendapat sistem ini sangat bagus. Inilah sistem yang aku cadangkan selama ini. Walau bagaimanapun ada beberapa persoalan yang masih belum terjawab berkenaan sistem yang baik ini.
Setelah 4 tahun,
3 anak saya mengikuti PBS, tingkatan 3, tahun 4 ( 2 orang). Manakala satu lagi masih menggunakan sistem lama di tahun 5.
Pemerhatian
1. Anak anak yang mengikuti PBS lebih berani untuk bercakap dan menyatakan pendapat. Mereka dilatih untuk membuat "public speaking" dalam kelas ketika masih di tahun 1. Ini adalah sangat baik.
2. Kecenderungan anak-anak dapat dilihat ketika mereka masih di sekolah rendah.
3. Mereka lebih bersemangat untuk ke sekolah untuk menghadapi hari hari mendatang.
4. PBS berjaya mengasing pelajar yang suka menghafal dengan yang mempunyai talent. Kerja-kerja sekolah yang dibuat secara kosistent menyebabkan ramai pelajar putus asa. Ini dilatih ketika masih disekolah. Saya rasa ini sangat bagus.
5. Aktiviti anak-anak di rumah sangat menyeronokkan sehinggakan anak saya yang tidak membuat PBS berasa cemburu dengan adik adik dia.
![]() |
| System paru-paru - tahun 4 |
Walaupun begitu, saya tak nafikan bahawa sistem ini perlukan penambah-baikan. seperti berikut?
1. Kalau cikgu hanya meletakkan semua pelajar band 6, walau pun pelajar itu tak layak, apa yang akan berlaku.? Bagaimana nak menghalang guru dari menipu?
2. Guru komplen banyak kerja. Ye ke. Hairan macammana cikgu boleh buat kelas tambahan diluar kalau banyak kerja. Banyak kerja juga mungkin sebab cikgu buat kerja dua kali. Perkara ini selalu berlaku ketika kita berubah dari satu sistem kepada sistem yang baru. Tak caya, cuba lah implement "CMMI level 5".
3. System down. Ini selalu saya dengar. Ini bukan salah kerajaan yang nak baiki sistem pelajaran. Tapi salah orang IT yang berlagak pandai. Suruh mereka baiki. Jangan balik selagi tak siap. Kalau tak pun suruh aje dia orang masukkan maklumat. Biar dia rasa perasaan cikgu-cikgu.
4. Apakah sistem yang akan digunakan untuk melayakkan masuk ke universiti? Saya mencadangkan universiti mempunyai peperiksaan mereka sendiri, dan mereka boleh memilih dari peperiksaan tersebut. di US, mereka ada peperiksaan tertentu dan di korea universiti membuat peperiksaan tersebut. Dan konsep peperiksaan ini, bukanlah apa yang di belajar di sekolah, tetapi harus lah general knowledge supaya pelajar tak sibuk mengadakan kelas tambahan.
Jenis jenis soalan pula hendaklah lebih kepada kritikal thinking. Bukan penting betul atau salah, tetapi, kenapa kita rasa betul atau kenapa kita rasa salah. Berdasarkan apa kita bagi pendapat seperti itu. Perkara ini pelajar tak boleh hafal.
Dengan cara ini kita akan lihat, terhasilnya sekolah yang baik dan sekolah yang kurang baik. Ibu bapa akan berebut untuk menghantar anak-anak ke sekolah yang baik
Saya mengharapkan kita dapat meneruskan sistem PBS ini dengan penambah baikan. Apa yang saya rasa kan, proses ini sama seperti ketika saya mengambil CMMI level 5, sebagai process improvement yang baru. Ramai yang mengeluh. tetapi kita kena teruskan. saya pernah tanya satu soalan, "Kalau yang kita buat itu adalah yang terbaik, bagaimana nak buat improvement lagi?

No comments:
Post a Comment