Tuesday, March 11, 2014

Pesawat Hilang .. Full Stop

Saya tertarik dengan kenyataan kapten Norudin berkenaan penerbangan MH370.  Mengikut kata beliau, "Pesawat itu hilang. Full stop".

Bulan lepas saya kehilangan kad kredit.  Habis semua tempat sudah dicari.  Dalam kereta, seperti di "arm rest", "dashboard", "book container" dan  dalam rumah seperti dalam laci, depan meja komputer dan lain lain lagi.   Memang tak jumpa.   Apa yang saya telah buat, saya telah menghubungi bank pengeluar untuk mati kan perkhidmatan kad kredit tersebut dan mendapatkan gantian semula.  Untuk perkara ini saya dikenakan bayaran RM50.  Selepas sebulan, saya jumpa balik kad kredit tersebut dalam "arm rest" yang saya dah cari banyak kali.  Aduhhh.....huhuhu

   Tapi kehilangan pesawat, boleh ke macam tu?  Semalam saya berbual dengan kawan saya yang berkhidmat di DCA.  Kami berbual berkisarkan apa yang kapten Norudin beritahu dan juga maklumat lain. Apa yang memeranjatkan, banyak rupanya kapal terbang /pesawat yang hilang.  Sebagai contoh, ADAM AIR di indonesia.  Di kata kan ada orang nampak kat mana pesawat itu jatuh menjunam.  Tapi apabila dicari, pesawat itu tidak dijumpai.  Setelah lama, akhir nya, yang hanya dijumpai adalah kotak hitam (Black Box) pesawat.  Mana perginya kerusi dan bahagian badan pesawat yang lain.  Begitu juga dengan jenazah mangsa didalamnya. 

   "Setelah habis usaha dengan SAINS, bermulalah khudrat ALLAH" lebih kurang lah tu ...cakap kapten Norudin.  Setelah pengharapan kepada makhluk habis, maka bermulalah pengharapan kepada pencipta makhluk.  Di Malaysia nih kita telah banyak terpesong.  Kita telah letak terlalu banyak keyakinan dengan kekuasaan yang kita ada walaupun itu hanyalah secebis sahaja. Kalau dibandingkan dengan Kekuasaan Allah, kekuasaan kita, pengetahuan kita, terlalu kerdil kita sebenarnya.  baru MH370 hilang, ramai yang panik.   tetapi kehidupan harus diteruskan.  Allah baru nak tunjuk sikit, baru 1 kapal terbang hilang, ramai yang dah tak tahu nak buat apa.  Duduk depan TV tunggu berita, tengok what app untuk mencari berita, tengok twitter untuk cari berita dan lain lain lagi.  ini termasuklah saya.  Hakikat nya, lebih ramai yang mati dan hilang bukan dengan kapal terbang.  Tetapi kerisauan kita tidak terserlah seperti mana kerisauan kehilangan pesawat.    
   
   Mungkinkah kehilangan pesawat ini hanya satu dari banyak cara Allah nak kita berubah.  Bertaubat dengan kesalahan kita.  Hidup dengan bersatu padu.  Berhenti menyalahkan orang lain.  Berhenti pandang buruk orang lain.  Berhenti ceritakan keburukan orang lain.   Hidup dengan kasih sayang.  Taat kepada pemerintah.  Berhenti berbohong sesama kita.  Banyak sangka baik sesama kita.

Saya berdoa semoga pesawat itu ditemui.  Saya berdoa semoga mereka dalam pesawat selamat.  Saya juga berdoa semoga, kita semua rakyat malaysia boleh hidup dengan penuh sangka baik.    
 
Seperti mana saya kena bayar RM50 kerana kad kredit, rakyat malaysia terpaksa membayar dengannya nyawa dan sebuah pesawat.  Kalau rakyat masih lagi sibuk untuk tuduh menuduh, buruk sangka, cerita buruk orang, mengkhianati pemerintah...mungkin kita terpaksa mambayar dengan sebuah negara....seperti Libya, mesir dan iraq.

walla-hu alam

No comments:

Post a Comment