Wednesday, April 2, 2014

Harga Barang Naik...Kerajaan Tak Bantu Rakyat.....Perspektif !! atau Realiti !!

  Hujung minggu lalu saya telah ke pasaraya GIANT di puchong.  Ketika saya beratur untuk membayar, dihadapan saya, terdapat satu keluarga lain yang sedang membayar.  Kemudian, keluarga tersebut seperti terkejut dan memberi komen kepada saya.

  "Saya beli macam ni pun harga dah tinggi, apa agaknya kerajaan buat nak bantu kita.  Kata kerajaan nak bantu rakyat"

   Saya hanya tersenyum.  Sebagai orang islam saya belajar, tak ada sesiapa yang boleh bantu seseorang itu melainkan dia bantu diri sendiri dengan izin ALLAH.  Dan tidak ada orang boleh merosakkan seseorang itu melainkan dia merosakkan diri dia sendiri dan juga dengan izin ALLAH.  Rezeki telah ditetapkan oleh ALLAH.  Rezeki seseorang tidak akan terlebih atau pun terkurang walau pun sebesar butir zarah.  Ramai orang yang bekerja kuat, tetapi sekiranya telah ditetapkan, mereka akan miskin, bantulah macam mana pun, mereka akan tetap miskin.  Ada sebahagian lagi manusia, yang telah ditetapkan kaya.  Walau pun hari hari tidur tanpa usaha, mereka ini akan tetap kaya.  Walaupun ada beribu manusia dan jin, berusaha untuk menjadikan orang kaya ini miskin, mereka akan pasti tetap kaya.
   Kerana keadilan ALLAH, maka ALLAH tidak letakkan kekayaan atau kemiskinan sebagai tanda aras untuk kejayaan.  Tetapi ALLAH letakkan iman dan amal sebagai tanda aras kepada kejayaan.  Orang kaya akan diuji dengan kekayaan dan orang miskin akan diuji dengan kemiskinan mereka.

   Walaupun begitu sebagai kerajaan yang prihatin, saya sangat berharap agar sesuatu dapat dibuat untuk membetulkan perspektif rakyat.  Misalnya, kerajaan membelanjakan sebanyak RM4.6 billion untuk memanfaatkan kepada 7.9 juta kumpulan sasaran.  Ini usaha yang baik.  Tetapi wang sebanyak RM650 seorang ini lepas seminggu dah habis.  Bagaimana kerajaan nak bantu rakyat selama 12 bulan yang akan datang ? 


Bagi melaksanakan kesemua pakej BR1M 2014 ini, kerajaan akan memperuntuk sejumlah RM4.6 bilion yang dijangka dapat memanfaatkan sebanyak 7.9 juta penerima.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131025/dn_42/Bajet-2014-BR1M-dinaikkan-kepada-RM300-dan-RM650#ixzz2xmOvTZyv 

Saya mencadangkan kerajaan sendiri yang mendirikan pasaraya rakyat dan kedai rakyat.  Pekerja-pekerja ini terdiri dari kakitangan kerajaan.  Sama seperti kakitangan kerajaan yang lain.  Lambakkan kedai ini di seluruh negara dengan barangan yang berharga lebih murah.
Secara tidak langsung usaha ini akan memberi tekanan kepada kedai-kedai lain atau pasaraya lain untuk menurunkan harga mereka kepada kadar yang lebih murah.  Dengan cara ini semua rakyat dapat menikmati harga barangan dengan harga yang lebih murah, di samping itu kerajaan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Sekira harga barangan dari pengedar terlalu mahal, kerajaan boleh dirikan sendiri kilang kilang makanan untuk mengeluarkan hasil dengan harga yang lebih murah.  Ingat kerajaan bukan "profit center", tetapi "cost center"   Kalau ini boleh dilakukan, perspektif akan diubah dan bantuan yang diberi bukan untuk satu jangka masa yang pendik, tetapi untuk selama lamanya.

Kerajaan bukan tak bantu rakyat, cuma mungkin belum dapat cara yang paling baik untuk bantu.  Semua perkara ada kebaikan dan ada keburukan.  Mungkin dengan buah fikiran saya boleh memberi kerajaan cungkil idea baru.


Sebenar nya banyak lagi yang boleh dibuat sekira nya kerajaan betul betul berfikir untuk rakyat.


Sehingga di lain kali....wassalam





No comments:

Post a Comment