Dalam keghairahan berpolitik, ramai yang telah membenarkan perkara-perkara yang salah dilakukan. Islam adalah agama yang meminta ummat nya bersatu. Semua manusia handak lah bersatu dengan Tali 'ALLAH'. Maksud nya disini semua manusia hendaklah berpegang teguh dengan syariat yang diturunkan kepada mereka. Tidak ada berbelah bagi dalam ketaatan. Tidak ada pilihan dalam ketaatan. Apabila semua nya berpegang dengan syariat Allah, maka tidak akan ada perpecahan berlaku. Manusia kena belajar qada' dan kadar, syukur dan kufur.
Allah bagitahu dalam quran, sesungguhnya Allah yang melantik pemimpin-pemimpin. Kerana itu manusia tidak wajar bertindak untuk menjatuhkan pemimpin. Tak kira lah menjatuhkan pemimpin menggunakan kekerasan atau menggunakan kertas undi.
Dan kita telah melihat, apabila pemimpin pilihan Allah dijatuhkan secara paksa, maka hura-hara telah berlaku di negara tersebut untuk satu jangka masa yang sangat lama. Lihatlah Iraq, lihatlah mesir, lihatlah syria.
| Huru-hara di Mesir - dah berapa lama ? |
| Syria - berapa lama lagi? |
Seperti yang telah banyak disebarkan, adalah haram untuk menukar kerajaan sedia ada walau pun dengan cara kertas undi. Ramai yang berkata, ketika pilihan raya, tiada kerajaan, maka tidak mengapa sekiranya kita menukar kerajaan. Hakikat sebenar larangan ini ialah tidak mahu manusia ini berpecah belah. Perkara pertama, pilihan raya itupun tidak patut diadakan. Pilihanraya telah menyebabkan perpecahan. Kalau pun kita terpaksa menerima pilihan raya atas sebab-sebab yang tak boleh dielakkan dan process itu tidak boleh ditukar, maka sesiapa yang memerintah tidak boleh ditukarkan walau apa sebab sekalipun. Kebiasaannya, pertukaran itu akan membawa lebih banyak mudarat dari kebaikan.
Ramai yang berkata, kerajaan sekarang zalim, tidak syariah, dan lain lain lagi. Zalim , tidak syariah dan semua itu bukan hak rakyat untuk mengukur. Sesungguhnya itu hak Allah untuk mengukur. Sekiranya pemimpin itu zalim, Allah sendiri yang akan menghukum beliau.
"Tiada siapa pun yang Allah lantik menjadi pemimpin mengetuai urusan rakyat dan matinya dalam keadaan menipu melainkan Allah SWT haramkan dirinya daripada masuk ke dalam syurga". (HR Muslim)
Ada satu hadis, Nabi s.a.w. memberitahu sahabat bahawa akan sampai satu masa dunia akan diperintah oleh pemerintah yang zalim, yang tidak taat kepada Allah. Maka sahabat pun bertanya, wahai Rasulullah, sekiranya aku masih hidup di zaman itu , apakah yang patut aku lakukan? Maka baginda menjawap, masuklah kamu ke dalam hutan dan tunggulah keputusan Allah ( Ajal ).
Kerana itu, ketika zaman pemerintahan tabiin, terutama ketika kewafatan, cucunda nabi , ramai sahabat yang tidak selesa dengan cara pemerintahan telah menjauhkan diri ke kampung-kampung. Sehinggakan ketika cucunda baginda wafat, sahabat hanya melihat dengan linangan air mata.
Banyak lagi hadis hadis yang menyatakan tentang larangan menjatuhkan kerajaan dan atau pemimpin yang beragama islam.
Ustaz idris sulaiman ada kuliah yang panjang lebar mengenai perkara ini dan boleh didapati di
http://abuaqifstudio.blogspot.com/2012/01/04012012-ustaz-idris-sulaiman-haram.html
Catatan ini bukan lah terpengaruh dari ceramah ustaz idris, tetapi ceramah baliau hanya digunakan sebagai dalil untuk menguatkan hujah. Beliau banyak menerangkan tentang hadis dan quran berkenaan dengan hal yang diperkatakan.
Wallah hualam
No comments:
Post a Comment